Garis masa sejarah untuk Istanbul boleh diringkaskan begini:
Sejarah Istanbul bermula di sini. Adapun terdapat juga sejarah sebelum era ini. Bizantion atau nama latinnya Byzantium adalah bandar Istanbul purba yang diasaskan oleh orang Greek/Yunani dari Magera (dekat Athens) atas arahan seorang raja bernama Byzas. Bandar ini didirikan di sebelah Eropah Istanbul masa kini.
Keputusan Bizantion besekutu dengan usurper Pescennius Niger untuk melawan Roman Emperor Septimus Severus membawa padah. Severus menang dan membangunkan kota ini.
Ibu Kota Empayar Rom (324M - 395M)
Bilamana Constantine I mengalahkan Licinius ketika Battle of Chrysopolis pada tahun 324, Constantine I menjadi emperor bagi sekian empayar Rom. Dia selepas itu mempunyai perancangan untuk membina sebuah bandar kristian untuk menggantikan Byzantium. Dia juga bercadang untuk mengalih Nicomedia, ibu kota bagi Rom Timur ketika itu ke Byzantium. Constantine I menetap di Nicomedia selama 6 tahun selepas itu sehinggalah pada tahun 330, dia menjadikan Byzantium menjadi ibu kota rasmi bagi Empayar Rom sebelah timur. Kota ini kemudiannya dinamakan dengan nama Constantinople bermaksud bandar Constantine juga dinamakan New Rome.
Empayar Byzantine juga dikenali Empayar Rom Timur (395M - 1493)
Setelah kematian emperor Theodosius I, pergolakan dalam pemerintahan Rom berlaku yang membawa kepada perpecahan empayar Rom Barat dan Rom Timur juga dikenali sebagai Byzantine. Pada tahun 476, Constantinople menjadi ibu kota bagi empayar ini selepas kehancuran Rom Barat. Kota ini dilihat terus maju dan membangun. Kota ini selepas itu terus diserang oleh pelbagai musuh pada kurun seterusnya antaranya Avar, Bulgar dan Russia.
Empayar ini mula merundum ketika perang salib keempat. Antara tahun 1204 sehingga 1261, kota ini ditakluk seketika oleh Empayar Latin. Kejatuhan Constantinople kepada tentera salib melahirkan Empayar Latin yang tidak stabil di Constantinople.Ketika era ini, banyak kemusnahan berlaku dan populasi juga menurun mendadak. Selepas itu, pada tahun 1261, kota ini berjaya ditawan balik oleh Byzantine.Walaupun berjaya menawan semula, sumber ekonomi kota ini makin membimbangkan di samping kemusnahan yang dashyat bersisa.
Kejatuhan Constantinople |
Kerajaan Turki Othmaniyyah (1493 - 1923)
Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak. Sabda Rasulullah SAW: ”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
Pada awal kurun ke-14M, Empayar Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum.Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol.
Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Othmaniyyah. Akhirnya pada 29 Mei 1453, Constanstinople berjaya ditundukkan.
Antara sentuhan Mimar Sinan |
Setelah hampir 600 tahun berkuasa, akhirnya Empayar agung ini jatuh juga ke tangan pihak lain. Sultan Ottoman akhir, Mehmed VI, diasingkan pada November 1922, pada tahun berikutnya, pendudukan Istanbul berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Lausanne dan pengiktirafan Republik Turki, yang diisytiharkan oleh Mustafa Kamal Atatürk pada tarikh 29 Oktober 1923.
Sultan terakhir empayar Othmaniyyah dilihat keluar dari istana Dolmabahce melalui pintu belakang setahun sebelum pengistiharan Republik Turki |
Turki Moden
Mustafa Kamal Attatürk |
Itulah serba sedikit tentang sejarah Istanbul...
Sumber : Wikipedia, Lonely Planet dan Istanbul.net
Siri seterusnya berkisar tentang perkara lain pula seperti tempat tarikan di Istanbul dan sebagainya. Bersambung...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat juga :
Istanbul Siri 01 Cara Masuk
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan