Iklan

Isnin, 1 November 2010

Bosnia Siri 01 Geografi

Neum, Bosnia
  1. Bosnia atau nama panjangnya Republik Bosnia dan Herzegovina terletak di eropah dan terletak di barat negara-negara Balkan.
  2. Negara ini berkeluasan 51 129 km persegi ini mempunyai penduduk seramai lebih kurang 4.6 juta sehingga kini. 
  3. Bosnia berjiran dengan Croatia di sebelah utara, barat dan selatan, Serbia di timur dan Montenegro di Selatan. 
  4. Jika dilihat secara kasar di dalam peta eropah mahupun dunia, ramai yang akan menganggap Bosnia ini negara yang tidak mempunyai kawasan pesisiran pantai, hakikatnya negara ini mempuyai kawasan pesisiran laut Adriatic sepanjang 26 km yang berpusat di bandar Neum.



Peta topografi Bosnia dan kedudukan bandar Neum



Kedudukan Bosnia di Eropah


 5. Negara ini secara fizikalnya bergunung-ganang dengan puncak tertinggi 2386 m di gunung Maglic           
 6. Sungai yang terpanjang di negara ini adalah Bosna.
 7. Iklim di Bosnia di sebelah barat dan selatan mengalami iklim Mediterranean manakala di kawasan tinggi       pula mengalami musim panas yang dingin dan juga musim sejuk yang sangat sejuk.


Keindahan Sungai Neretva                            


     




Sungai Neretva, Bosnia   Sumber: Wikipedia

Pemandangan indah bandar Mostar dengan sungai Neretva

Bersambung pada siri akan datang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan