Iklan

Memaparkan catatan dengan label Eropah Tengah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eropah Tengah. Papar semua catatan

Sabtu, 19 November 2011

Apa ada dengan Bled ?

1. Sebenarnya, tempat ini tidaklah terkenal seperti Paris, New York dan London

2. Mungkin hanya segelintir sahaja yang mengenali.

3. Bled merupakan antara tarikan agak popular pelancong di Eropah yang inginkan kelainan sedikit.

4. Adapun Bled ini terletak berhampiran dengan taman negara yang cantik.

5. Selain taman negara tersebut, tiga tarikan utama di sini adalah :

    a) Tasik
        Lake Bled adalah tasik glasier. Dahulu kala adalah sungai ais, kemudian ais tersebut cair membentuk
        tasik.

Lake Bled. Gambar Wikitravel punye.


     b) Bled Castle
         Castle ini terletak dekat dengan tasik Bled, berada pada satu ketinggian. Kalau panjat ke castle ni,
         agak berbaloi kerana permandangan tasik nampak lagi indah.Tengok gambar tasik atas itu, gambar itu
         adalah dari atas castle ini.

Atas : Bled Castle. Wikitravel punye gambar.
Kanan : Bled Castle dari kejauhan. Ini gambar sendiri. Tahun 2008.



 
     













Isnin, 27 September 2010

Jerman Siri 01 Sejarah Ringkas


Sejarah Jerman tidak kurang menariknya. Begini, kita lihat mengikut tujuh peringkat. Siri kali ini berkisar empat peringkat pertama dahulu.


 1) Puak-puak Germanic

Perkembangan puak-puak Jermanik sekitar 750SM - 1M
Walaupun ketiadaan sebuah negara bangsa Jerman sebelum 1871, sejarah Jerman boleh dikatakan bermula sejak era puak-puak Jermanik. Asal-usul orang-orang Jermanik dikatakan bermula sewaktu Zaman Gangsa atau sekurang-kurangnya ketika Zaman Besi sebelum era orang-orang Rom. Dari selatan Scandinavia dan utara Jerman, puak-puak ini mula berkembang ke selatan, timur dan barat pada abad pertama SM dan membuat perhubungan dengan puak Celt di Gaul selain orang-orang Iran serta puak-puak Balt dan Slav di Eropah Timur. Sumber sejarah berkenaan puak ini hampir kesemuanya berasal daripada rekod Empayar Rom.



2) Empayar Holy Roman 962 - 1806

Martin Luther
Empayar zaman pertengahan ini terhasil melalui pembahagian Empayar Carolingia pada tahun 843, yang diasaskan oleh Charlemagne pada 25 Disember 800 dan wujud dalam bentuk yang berbeza-beza sehingga tahun 1806, dengan wilayahnya merangkumi Sungai Eider di utara hingga pantai Mediterranean di selatan. Seringkali dirujuk sebagai Empayar Rom Suci (atau Empayar Lama), ia secara rasminya digelar Empayar Rom Suci Bangsa Jerman (Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ) bermula pada tahun 1448 bagi menyesuaikan gelaran itu dengan wilayahnya yang telah dikurangkan.
Pada zaman inilah lahirnya seorang bernama Martin Luther. Martin Luther telah menerbitkan 95 Dalil-dalil pada tahun 1517 yang mencabar amalan-amalan Gereja Katolik Rom, sekaligus mencetuskan pergerakan Reformasi Protestan. Sebuah gereja Lutheran yang terpisah menjadi agama rasmi di beberapa negeri Jerman selepas tahun 1530. Perbalahan keagamaan ini terus memuncak sehingga membawa kepada Peperangan 30 Tahun (1618-1648) yang memusnahkan banyak tempat di seluruh wilayah Jerman.
  
3) Pemulihan dan Revolusi (1814–1871)

Berikutan kejatuhan Napoleon Bonaparte, Kongres Vienna bersidang pada tahun 1814 dan menubuhkan Gabungan Jerman (Deutscher Bund), iaitu sebuah liga yang agak longgar yang menghimpunkan 39 negeri-negeri yang berdaulat. Perselisihan faham berkenaan politik pemulihan membawa kepada kebangkitan pergerakan liberal, yang menuntut perpaduan dan kebebasan. Ketika ini jugalah, ramai orang Jerman dirangsang oleh idea-idea Revolusi Perancis dan semangat kebangsaan pula menjadi daya penggerak yang penting, teutamanya di kalangan intelektual. Buat pertama kalinya warna hitam, merah dan emas dipilih bagi mewakili pergerakan ini, yang kemudiannya menjadi warna-warna kebangsaan Jerman.