Istanbul itu unik. Ianya terletak di antara dua benua iaitu asia dan juga eropah. Selat Bosphorus memisahkan Istanbul eropah dan asia. Istanbul merupakan kota metropolitan yang mempunyai populasi yang begitu tinggi. Sehingga 2009, angka mencatat seramai hampir 13 juta manusia di sana, ianya di tempat kelima di dunia ini dari segi populasi.
Kerana keunikannya, Istanbul memanglah menjadi arah tuju pelancong. Sejarah yang agung, budaya dan kepelbagaian makanan menarik menjadikannya tempat yang seharusnya dilawati. Sebelum memanjangkan cerita, mari kita tengok bagaimana caranya ke sana.
Malaysia Airline System (MAS) mungkinlah menjadi pilihan utama untuk ke destinasi ini dari Malaysia kerana menyediakan penerbangan terus dengan tempoh 10-12 jam tanpa henti. Mungkin juga pilihan Emirates Airlines menarik. Berbeza dengan MAS, penerbangan Emirates akan singgah sebentar di Dubai untuk transit, sebelum terbang semula ke Istanbul dari Dubai.
Adapun bagi mereka yang tinggal atau ingin memulakan perjalanan dari Eropah seperti dari England, Jerman dan sebagainya, terdapat pelbagai pilihan yakni darat, udara mahupun air. Penerbangan tambang murah sahaja senantiasa bersaing. Contohnya Germanwings, Corendon Airlines, Easyjet, Anadolujet, Pegasus Airlines dan berpuluh-puluh lagi yang lain.
Istanbul mempunyai dua airport utama iaitu, Sabiha Gökçen International Airport dan juga Attaturk International Airport. Kebiasaan flight utama akan mendarat di Attaturk yang terletak di sebelah eropah Istanbul, manakala kebanyakan flight tambang murah akan singgah di Sabiha, yang terletak di bahagian Asia Istanbul.
Mungkin kepada mereka yang sedang berada di Itali dan Greece contohnya, mereka bolehlah mencuba menaiki kenderaan air bernama feri untuk ke turki. Rasailah pengalaman indah menaiki feri yang berjam-jam lamanya. Mungkin di lain pos blog ini akan bercerita tentang feri dan juga pengalaman sendiri menaiki tren ke Istanbul.
Banyak lagi akan dicerita tentang Istanbul pada siri akan datang seperti, tempat-tempat patut lawat, makanan enak, sejarah dan sebagainya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat juga :
Istanbul Siri 02 Sejarah Ringkas
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan