Iklan

Isnin, 20 September 2010

Palermo Siri 01 Am

Pengetahuan Am Tentang Palermo

Lokasi Palermo di Itali
Tahukah anda di mana itu Palermo? Palermo di sini merujuk kepada satu tempat di Itali. Ia terletak di selatan Itali, di atas pulau yang bernama Sicily.

Ia juga adalah ibu negeri bagi wilayah berautoriti Sicily.

Tempat ini mempunyai sejarah yang panjang. Lebih 2700 tahun lamanya. Diasaskan oleh puak Phoenicia, diberi nama "Ziz" kemudian orang Greek pula menamakan sebagai Panormus yang membawa maksud "pelabuhan semua' kemudian wilayah ini diperintah oleh kaum arab, yang membawa kepada kemajuan di bawah kerajaan yang dipanggil Emirate of Sicily pada tahun 965 hingga 1072. Semasa pemerintahan arab ini, banyak masjid dan istana dibina di sekian palermo.


Palermo sebelum itu pernah menjadi sebahagian daripada Republik Rom dan akhirnya sebahagian daripada Empayar Byzantine, selama lebih dari seribu tahun.
  
Setelah ditawan oleh Norman (1060-1080 AC) sebahagian besar istana dan masjid hancur, namun penguasa baru mengeksploitasi persekitaran kosmopolitan Palermo, seniman dan seni bina dari pelbagai budaya untuk melahirkan gaya seni bina yang unik, yang disebut "Arab-Norman Style of Sicily" yang merupakan campuran asli dekorasi Arab, seni bina Rom dan mosaik Byzantine. 

Salah satu pemandangan Palermo
Palermo menjadi ibu kota kerajaan baru (1130-1816), Kerajaan Sicily akhirnya bersatu dengan Kerajaan Naples untuk membentuk "Two Sicilies"  hingga penyatuan Itali 1860. 


Penduduk kawasan bandar Palermo kini dianggarkan seramai 660 ribu. Penduduknya dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Palermitans atau dalam bahasa puitis panormiti. Bahasa-bahasa yang dituturkan oleh penduduknya adalah bahasa Itali dengan dialek Sicily.

Palermo adalah salah satu bandar terbesar di Mediterranean dan sekarang di antara destinasi pelancongan utama baik di Itali dan Eropah.
 

Buahan dan sayuran berwarna-warni -Sumber: Sicily-tourism.com
Palermo memang menjadi tarikan pelancong kerana kepelbagaian buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni. Kawasan pantai di Palermo juga menjadi penarik.

Catatan seterusnya akan berkisar tentang tempat menarik, pengangkutan, info berguna dan yang lain berkenaanlah. Nantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan