Iklan

Jumaat, 17 September 2010

Bergen Siri 01 Tarikan

Bergen dimaksudkan di sini terletak di Norway. Ia adalah bandar kedua terbesar di sana. Bergen menjanjikan pelbagai tarikan. Post ini menyelami tempat-tempat yang patut dilihat bilanya sampai di sana.

Kita pecahkan mengikut kawasan.

1) Downtown

    a) Bergen Art Musuem

Bagi yang meminati muzium pergilah ke sini. Muzium kesenian antara yang terbesar di negara nordic. Memaparkan kisah seni dari zaman Renaissance hingga zaman muktakhir.

    b) The Fish Market (Fisketorget) 

Sebenarnya pasar ikan ini ada sejarah sendirinya. Dahulu, ikan segar didaratkan di sini dan menjadi tumpuan penduduk tempatan. Hari ini, pasar ini wujud untuk menarik pelancong, yang mana terdapat  juga tempat menjual cendera hati di sini. Ikan di sini juga tidaklah terus dari nelayan seperti dulu kala, tetapi sekurangnya pelancong mendapat gambaran kasar tentang jenis-jenis ikan yang ada di sini.Yang menariknya, penjual di sini akan menawarkan cebisan ikan percuma untuk dirasai.



Pasar Ikan Bergen
  c) Fløibanen

Rasailah keindahan panaroma Bergen dengan menaiki Funicular bernama Fløibanen untuk ke Fløyen. Fløyen adalah salah satu daripada tujuh gunung yang mengelilingi bandar Bergen. Kenderaan ini mengambil masa selama lebih kurang 8 minit untuk sampai ke ketinggian 320 meter. Ketinggian sebenar gunung ini adalah 425m. Mungkin gambar di bawah ini boleh memberi gambaran.

Funicular menuju ke Fløyen

Panorama dari atas Fløyen
 d) Statsraad Lehmkuhl

Tarikan Bergen juga adalah pada kapal layar yang bernama Statsraad Lehmkuhl. Kapal layar yang mempunyai tiga tiang ini menjadi tarikan di Bergen. Dibina pada 1914. Ambillah peluang untuk melayari di atas kapal ini, jika punyai masa dan wang. Tempahan awal perlu dibuat untuk mengelak daripada terlepas peluang.

Statsraad Lehmkuhl - Sumber: Wikitravel
   e) Lain-lain tempat 

seperti The West Norway Museum of Decorative Art , St. Jørgen's Hospital, Bergen Aquarium dan St. Mary's Church (Mariakirken)

2)   North of the city center


      a) The Norwegian Knitting Industry Museum 

Muzium ini dahulunya merupakan kilang menjahit pakain pertama di Norway yang mempunyai kelengkapan mesin. Mesin - mesin ini masih berfungsi. 

       b) Gamle Bergen (Old Bergen)

Gamle Bergen - Sumber: Wikitravel
Ianya merupakan satu bandar yang dibangunkan semula yang mengandungi 50 rumah-rumah kayu dari kurun ke 18, 19 dan 50. Mungkin bersiar-siar di kawasan ini sangat unik, kerana mungkin pemandangan sebegini hanya boleh dirasai di Norway.

Setakat ini dahulu post untuk kali ini. Catatan akan datang akan bersambung lagi berkenaan tarikan yang selebihnya di Bergen, selain, geografi, makanan, sejarah dan sebagainya. Nanti.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat juga :


Bergen Siri 02 Tarikan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan