Iklan

Isnin, 25 Oktober 2010

Nice Siri 01 Info Berguna

Nice dimaksudkan di sini merujuk kepada bandar pesisir pantai yang merupakan bandar kelima terbesar di Perancis. Ia terletak di kawasan yang dipanggil French Riviera atau nama tempatannya Côte d'Azur. Nice disebut sebetulnya nis (niece dalam bahasa inggeris) bukan nice sebagai mana sebutan Inggeris. Adapun ada mereka mengatakan Nice is nice dengan dua sebutan berbeza untuk menggambarkan kemenarikannya tempat ini. Post kali ini berkisar tentang info yang mungkin berguna ketika mengunjungi Nice.

Nice

Get Around

Sebenarnya cara terbaik untuk explore Nice adalah dengan cara berjalan kaki. Walaupun Nice itu satu bandar yang besar, kawasan tumpuan pelancongnya hanyalah sekitar kawasan centre yang berradius 20 minit perjalanan dengan berjalan kaki. Kawasan tumpuan adalah di luar Cimiez, iaitu kawasan penempatan kelas tinggi. Kawasan tumpuan pelancong biasanya tertumpu di bahagian old town dan juga kawasan membeli belah selain kawasan pesisiran pantai yang berhampiran. Jadi kenderaan bermotor seperti bas dan teksi dilihat kurang praktikal. Kereta sewa juga dilihat kurang sesuai disebabkan oleh kesukaran mendapat tempat parkir dan tempat parkir yang mahal, agak kurang berbaloi.

Pun begitu kenderaan awam juga ada di Nice.Nice mempunyai jaringan pengangkutan awam yang bernama Lignes d'Azur. Mungkin untuk ke kawasan yang agak jauh dari centre, atau mungkin juga malas berjalan kaki, kenderaan awam ini boleh digunakan. Tambangnya amatlah berpatutan. Hingga hari ini, tambang untuk satu hala hanyalah 1 euro. Selain itu terdapat pelbagai lagi jenis tiket seperti 10 journeys (10 euro), tiket harian (4 euro) dan lain-lain lagi. Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sentiasalah rujuk di website rasmi Lignes d'Azur untuk maklumat terkini. Pada tahun 2007 lalu, bandar Nice telah memulakan khidmat tram untuk memantapkan lagi sistem pengangkutan awam bandar ini.

Anda juga boleh menyewa motosikal, basikal mahupun roller blade atau inline skating untuk merasai kelainan melawat Nice.

Makan

Socca
Nice biasanya menjadi tempat tumpuan orang-orang kaya untuk bercuti, jadi mencari makanan yang murah memerlukan banyak kesabaran. Adapun belanja bagi pelancong bajet untuk sehari adalah bawah 20 Euro. Biasanya, penjimatan boleh dilakukan apabila membeli makanan di pasar raya. Makanan seperti roti, tuna, sardin, jem dan sebagainya boleh menjadi sumber tenaga.
Makanan special di Nice antaranya adalah Socca, Soupe de Poisson, Salade Nicoise dan Tourtes aux Blettes. Seperti tempat lain di Perancis, Baguette juga menjadi pilihan makanan yang menarik di sini. Harga  sekitar 4-6 Euro bergantung kepada inti.


Kebab juga boleh didapati di sini, di samping kedai menjual daging halal juga boleh ditemui. Kunjungan pada tahun 2007 mendapati salah sebuah kedai daging halal terdapat di Rue de Suisse. Berhampiran dengannya terdapat juga sebuah masjid. Mungkin terdapat beberapa lagi kedai lain seumpanya selain di sini. Beberapa kawasan di Nice terutamanya di kawasan berhampiran dengan pantai tidak terdapat pilihan makanan yang murah. Elakkan makan restoran berhampiran pantai jika ingin berbelanja dengan hemah.

Kedai Halal berhampiran Rue de Suisse tahun 2007

Penginapan

Percutian di Nice sememangnya menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong kaya. Jadi, pilihan hotel mewah di tepi pantai tiadalah menjadi masalah. Pun begitu terdapat juga pilihan hostel bajet. Harga sewa hostel semalaman biasanya bermula dengan 15 euro. Biasanya hostel murah di sini akan selalu penuh jika tidak membuat tempahan awal. Lawatilah hostelworld ataupun hostelbookers untuk menempahnya. Jika datang berkumpulan beramai-ramai elok sahaja menyewa apartment. Kebanyakan apartment terletak dekat bandar, selebihnya di bukit. Kereta diperlukan untuk lokasi berhampiran bukit.

Keselamatan

Secara umum, Nice adalah selamat untuk dikunjugi. Namun perkara berikut harus diberi perhatian:

  • Awasi penyeluk saku dan peragut. Seperti mana biasa di tempat tumpuan pelancong lain, perkara ini sangatlah perlu diberi perhatian.
  • Janganlah bawa barang berharga jika berniat untuk mandi laut. Banyak kes kehilangan berlaku ketika pemilik barang tersebut berenang sambil membiarkan barang-barang mereka tanpa dijaga. Geng-geng pencuri pantai ini senantiasa mengambil peluang untuk merembat harta-harta ini. Awasilah.
  • Perlu juga diingat, kunci kereta sewa haruslah dijaga dengan sangat rapi. Sesetengah syarikat sewa kereta akan mengecas harga penuh sebuah kereta jika kecurian kunci kereta berlaku. Harganya biasa mencecah 15 ribu euro ke atas.
Jika berlaku apa-apa kejadian buruk, rujuklah kepada pihak polis. Pihak polis akan menyediakan laporan ataupun kenyataan untuk memudahkan urusan anda seperti menuntut insurans. Tetapi janganlah mengharap pihak ini dapat menyelesaikan kes anda, kerana di sana mungkin terlalu banyak lagi kes seumpamanya.

Apa-apa pun Nice itu selamat untuk dikunjungi.

Sekian. Bersambung pada siri seterusnya...

-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan