Naik kereta api boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Kereta api juga ada yang panggil kereta lipan, sebab panjang macam lipan. Adakah begitu? Haha. Apapun tren ini mempunyai tayar yang tak akan pancit. Apakah juga begitu?
Tren adalah siri kenderaan yang bercantum yang bergerak di atas landasan. Ianya umpama bas
special yang hanya boleh bergerak di atas landasan yang tetap untuk mengangkut penumpang ataupun barang-barang dari satu tempat ke satu tempat. Landasan biasanya mempunyai dua rel, namun kini muncul pula monorel dan juga maglev. Tren menggunakan lokomotif untuk menggerakannya, biasanya lokomotif ini berada di bahagian hadapan tren atau di belakang, kadang kala kedua-keduanya (push-pull train).
Kebanyakan tren moden dikuasakan oleh lokomotif diesel dan masa kini banyak dikuasakan oleh tenaga elektrik, walaupun suatu ketika enjin stim digunakan sangat meluas. Tren juga boleh dikuasakan oleh sumber-sumber lain seperti tali atau wayar, graviti, pneumatik mahupun dengan kuda.
Apapun menaiki tren mempunyai kelebihan mahupun kekurangan. Mari kita lihat:
Kelebihan:
* Selamat - Menaiki tren dikatakan lebih selamat, sebab tren bergerak di landasan sendiri, menjadikan kemungkinan untuk berlaku kemalangan kurang berbanding bas dan kereta.
|
Panorama dari tingkap tren |
* Selesa - Pergerakan dan perbuatan penumpang dilihat lebih bebas, berbanding bas, kereta mahupun kapal terbang. Dalam tren, penumpang bebas berjalan ke sana sini untuk menghirup udara segar, makan dan minum, pergi ke tandas juga bermain permainan seperti daun terup, dam haji dan sebagainya. Bahkan tren juga mempunyai kedai makan, mesin snack automatik dan sebagainya. Tren malam pula dilengkapi dengan katil mahupun tempat duduk yang lebih selesa berbanding bas dan kenderaan lain.
|
Panorama menaiki tren |
* Panorama Indah - Orang naik tren juga mahu tengok pemandangan indah yang disajikan sepanjang perjalanan. Kebanyakan tren di eropah misalnya, menyediakan laluan
scenic yang menjanjikan pemandangan yang begitu menakjubkan sepanjang perjalanan. Biasanya tren sebegini mempunyai cermin tingkap yang besar dan lebar untuk membolehkan para penumpang menikmati pemandangan juga mengambil gambar. Lihatlah contoh di tepi ini.
Namun di sebalik kelebihan memanglah terdapat kekurangan, antaranya:
* Laluan tren boleh jadi lebih panjang berbanding kenderaan lain. Mungkin kerana tren ini banyak singgah di tempat yang tidak sepatutnya terlalu lama, atau mungkin laluan rel ke satu tempat jauh lebih panjang berbanding laluan jalan raya biasa.
* Kadang-kadang penggunaan tren di satu-satu tempat dilihat kurang praktikal. Sebagai contoh di Sepanyol, penggunaan bas dilihat lebih murah dan kekerapannya juga tinggi. Mungkin disebabkan keadaan geografi yang bergunung-ganang menjadikan kos tren bertambah.
|
Tren laju Jerman ICE |
Adapun pada zaman ini, kereta api peluru, atau disebut juga kereta api berkelajuan tinggi dilihat boleh menggantikan penggunaan flight untuk jarak mungkin 300km - 600km. Biasanya tren ini akan memecut sehingga 300 km sejam atau lebih, menjadikan tempoh perjalanan untuk jarak begini menjadi singkat dan boleh menggantikan pengangkutan udara yang mungkin leceh sedikit dengan
check-in,
security check dan sewaktu dengannya. Berbeza dengan kapal terbang, menaiki tren sangat mudah kerana tidak perlu melalui proses
check-in,
security dan seumpamanya, yang menjadikannya lebih mesra. Namun, terdapat sesetengah tempat yang mewajibkan penumpang melalui proses seperti itu, tapi tidaklah seketat di lapangan terbang.
Sekian dulu. Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan