Iklan

Isnin, 5 Mac 2012

Perihal Makanan - Paella

Kenangan makan Pealla di Sepanyol masih segar di ingatan. Meskipun ada mereka tidak menggemarinya.
Nak kata macam nasi goreng, ada juga nampak macam tu, tetapi rasa tidaklah seperti nasi goreng.

Sebenarnya Paella ini berasal dari Albufera yang terletak di Valencia, Sepanyol.


Ada tiga jenis paella yang diketahui secara luas: paella Valencia (Sepanyol: paella valenciana), paella makanan laut (Sepanyol: paella de marisco) dan paella campur (Sepanyol: paella mixta), tetapi ada banyak yang lain juga. Paella Valencia terdiri dari nasi putih, sayuran hijau, daging (arnab, ayam, itik), siput darat, kacang dan perasa. Paella makanan laut menggantikan daging dan siput dengan makanan laut dan tidak memasukkan kacang dan sayuran hijau. Paella campur merupakan campuran bebas daging, makanan laut, sayur-sayuran dan kadang-kadang kacang.
Kebanyakan tukang masak paella menggunakan nasi calasparra atau bomba untuk hidangan ini. Ramuan penting lain termasuklah kunyit dan minyak zaitun. 

Paella Seafood di Madrid


Kalau di Sepanyol, Paella begitu mudah didapati di mana-mana restoran. Harganya sekitar 10 - 20 Euro.
Mungkin rasanya pelik pada yang kurang meminati. Bagi yang belum cuba, silakan mencuba.
Nasinya rasa kasar, dan kurang masak, perisanya tidak dirasakan bercampur dengan nasi dan sangat panas di dalamnya ketika baru dihidangkan.

Paella Seafood di Malaga


3 ulasan:

farah hairuddin berkata...

paella xsedap...rasa nasi goreng mentah...xsuka xsuka!!!hahaha...lama xnmpk yong..apa khabar??

MFAR berkata...

Power SKB, bagi aku due kuali pun abis ni

Hishyamuddin berkata...

sedap nih..kedai make kimi jusoh pon ado jual..

Catat Ulasan