Iklan

Isnin, 11 Oktober 2010

Sungai Siri 01

Sungai Danube di Budapest, Hungary
Tiba-tiba saje mahu tulis pasal sungai.

Sungai adalah saluran air semula jadi yang mengalir ke arah lautan, laut, tasik, atau ke arah sungai yang lain. Air sungai biasanya terbatas dalam satu saluran yang terdiri daripada dasar sungai dan tebing di kiri dan kanan.

Sungai-sungai kecil dipanggil dengan pelbagai nama seperti alor, anak sungai, parit dan sebagainya. Orang putih juga menamakannya dengan pelbagai nama juga seperti stream, creek, brook, rivulet, tributary dan rill.





Adapun sungai itu terbahagi kepada tiga bahagian:

1) Peringkat Muda (Hulu)

Di sinilah bermula punca sungai. Biasanya dari atas bukit atau gunung mengalir turun ke bawah. Sumber biasanya air hujan dan juga salji.

Soča River bermula dari gunung di Slovenia.
2) Peringkat Tengah (Dewasa)

Biasanya ia lebih lebar daripada sungai di peringkat hulu. Penempatan utama manusia banyak tertumpu pada peringkat ini. Tengok sahaja sungai Kelang, Sungai Kinta, Sungai Mekong dan seangkatan dengannya yang membentuk satu kehidupan di sekelilingnya. Jambatan biasanya terbina di peringkat ini.

3) Peringkat Hilir (Tua)

Sungai akan berakhir di sini. Masuk ke dalam lautan, laut, tasik dan sebagainya.

Sungai sememangnya ciptaan Allah SWT yang sangat menarik di samping memberi banyak manfaat kepada manusia. Oleh sebab tidak larat menulis panjang, lihat saja gambar-gambar sungai di bawah ini.


Sungai kecil di Heiligenblut, Austria

Sungai Neretva, Bosnia

Pelbagai nama tempat muncul daripada perkataan sungai seperti Sungai Besi, Sungai Buaya, Sungai Choh, Sungai Siput dan sebagainya. Tiba-tiba terjumpa pula lagu bertajuk Sungai Lui di youtube nyanyian Aizat. Layankan... Sekian, bersambung...


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suka mandi sungai...layan lagu aizat kejap...best2!

Catat Ulasan