Iklan

Isnin, 18 Oktober 2010

Bergen Siri 02 Tarikan

Ini adalah sambungan daripada siri 01.
Post kali ini akan berkisar tentang satu tempat yang bernama Bryggen.

Bryggen adalah susunan bangunan komersial binaan kayu yang sangat berpengaruh di bandar Bergen suatu ketika dahulu. Ianya dibina di sepanjang pelabuhan di bandar ini. Bandar Bergen diasaskan pada tahun 1070 dan Bryggen menjadi bahagian bandar yang tertua di Bergen.


Bryggen
Mengikut sejarah, bandar Bergen sering mengalami kebakaran suatu ketika dahulu yang memusnahkan banyak rumah yang terdiri daripada rumah-rumah kayu. Kebakaran yang dahsyat berlaku pada tahun 1702 memusnahkan Bryggen. Selepas itu, struktur bangunan ini dibina semula di atas tapak yang sama. Saki baki 61 bangunan yang tinggal pada hari ini telah disenaraikan salah satu daripada warisan kebudayaan dunia oleh UNESCO.

Fakta UNESCO


  • Negara   : Norway                                                          
  • Jenis       : Kebudayaan (Cultural) 
  • Rujukan  : 59 
  • Region    : Eropah dan Amerika Utara                 (Rujukan UNESCO)




Hari ini, bangunan-bangunan kayu ini menempatkan kedai-kedai cenderamata, muzium, restoran, hotel dan sebagainya. Jika anda melalui lorong-lorong kecil antara bangunan ini, anda akan merasai pengalaman seolah-olah berada di Bergen pada zaman pertengahan. Seni bina kayunya agak unik. Di kawasan berhampiran juga, terdapat muzium Bryggen. Muzium ini dibina untuk memaparkan kisah sejarah tentang Bryggen dan juga sumber arkeologi tentang Bryggen.

Bryggen terletak dekat dengan pelabuhan Bergen                




Papan tanda UNESCO di Bryggen

Sebenarnya, ada lagi tempat boleh dilawati, tapi tak mampu nak ulas satu-satu. Mungkin kalau ke Bergen cukup sahaja pergi ke tempat-tempat yang dinyatakan pada post siri 01 dan siri 02 ini. Habis.

Siri seterusnya menyusul berkenaan thema lain pula pasal Bergen...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat juga :


Bergen Siri 01 Tarikan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan