Mungkin tempoh menunggu yang panjang sangat membosankan terutama ketika menunggu tren, bas, kapal terbang, kapal laut, orang dan sebagainya. Berikut adalah senarai aktiviti yang boleh dilakukan supaya hilanglah bosan itu dan tempoh yang lama dirasakan sekejap.
1. Membaca akhbar, majalah, novel dan apa jua bahan bacaan dengan teliti dan khusyuk.
2. Mengelilingi bangunan atau kawasan sebanyak beberapa kali.
3 Mengajak rakan berbual-bual atau ajaklah sesiapa sahaja yang bersebelahan berbual jika berseorang.
Petiklah topik apa sahaja atau berbual kosong pun jadilah.
 |
| Kenangan Menunggu Bas di Burgas |
4 Kalau ada smartphone, bolehlah pakai sepenuhnya. Main games, internet dan mencuba segala jenis aplikasi
dalam phone tersebut. Pastikan bekalan bateri mencukupi.
5 Main notebook, laptop atau segala macam gadget pun OK.
6 Mengambil gambar apa-apa di sekeliling.
7 Mengajak rakan atau sesiapa sahaja bermain pakau, dam aji dan segala jenis permainan.
8 Menulis, mencatat dan membuat akaun atau kira-kira bajet perjalanan.