Iklan

Sabtu, 19 November 2011

Apa ada dengan Bled ?

1. Sebenarnya, tempat ini tidaklah terkenal seperti Paris, New York dan London

2. Mungkin hanya segelintir sahaja yang mengenali.

3. Bled merupakan antara tarikan agak popular pelancong di Eropah yang inginkan kelainan sedikit.

4. Adapun Bled ini terletak berhampiran dengan taman negara yang cantik.

5. Selain taman negara tersebut, tiga tarikan utama di sini adalah :

    a) Tasik
        Lake Bled adalah tasik glasier. Dahulu kala adalah sungai ais, kemudian ais tersebut cair membentuk
        tasik.

Lake Bled. Gambar Wikitravel punye.


     b) Bled Castle
         Castle ini terletak dekat dengan tasik Bled, berada pada satu ketinggian. Kalau panjat ke castle ni,
         agak berbaloi kerana permandangan tasik nampak lagi indah.Tengok gambar tasik atas itu, gambar itu
         adalah dari atas castle ini.

Atas : Bled Castle. Wikitravel punye gambar.
Kanan : Bled Castle dari kejauhan. Ini gambar sendiri. Tahun 2008.



 
     















     c) Pulau
         Adapun pulau ini terletak di tengah-tengah tasik sebagai mana boleh tengok dekat gambar tasik di atas.
         Atas pulau itu, ada sebijik church. Cara nak sampai ke pulau ni adalah dengan menaiki pletna boat atau
            bot kayu, ala-ala gondola tu. Kalau hang rajin, sewalah rowing boat, kayuh sendiri pi sana. Boleh gak.


Tu dia Pletna Boat

Pulau kat tengah tasik

6. Bled terletak di negara Slovenia. Slovenia ini berjiran dengan Austria di sebelah utaranya.

7. Alang-alang pi Slovenia dari Austria itu, singgah la jap dekat Bled. Bled terletak lebih kurang satu jam
    dari Ljubljana, iaitu ibu negara Slovenia. Kalau dari Austria tu, ia terletak antara Austria dan Ljubljana.

Stesen Keretapi Bled
Kawasan sekitar tasik Bled
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan