Pamandangan Biasa di Pulau Perhentian |
Untuk catatan kali ini, mari kita tengok aktiviti apa yang boleh dilakukan di pulau yang menjanjikan keindahan ini. Sememangnya, mereka yang datang ke sini untuk melepaskan tekanan di kala cuti, di samping bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Berjemur di bawah terik matahari yang menghadap ke arah pantai berpasir salah satu aktiviti santai yang menarik. Selain itu, mandi di pantai yang indah dan jernih juga menjadi syarat utama di kala jejak kaki ke sini. Selain itu, aktiviti di bawah ini boleh juga dibuat:
1) Snorkeling
Perhentian menjanjikan pengalaman Snorkeling yang menarik. Hampir sekian resort menyediakan peralatan snorkelling yang purata harga sewa sekitar RM10. Namun begitu, jika mengambil pakej lengkap dengan resort, harga pakej akan termasuk dengan sewa peralatan. Di sana terdapat beberapa tempat snorkeling yang best. Antara namanya adalah Teluk Pauh, Shark Point dan Tanjung Basi. Bagi mereka yang menginap di Pulau Besar, tempat snorkeling adalah di depan chalet sahaja. Pilihlah tempat yang menarik untuk melihat ke dalam laut. Untuk melihat ikan yu, Shark Point adalah tempatnya dan hanya boleh sampai dengan bot. Untuk tengok penyu pula, biasanya perlu ke tengah laut sedikit dan hanya boleh ke sana dengan bot. Biasanya, pakej snorkelling akan membawa peserta ke tempat ini. Jika bernasib baik, bolehlah melihat penyu di dalam laut. Terumbu karang dan ikan pelbagai warna juga adalah daya penarik untuk aktiviti snorkeling. Lihatlah gambar di sebelah ini.2) Scuba Diving
Scuba Diving menjanjikan pengalaman yang lebih menarik berbanding snorkeling. Justeru, harga untuk aktiviti ini juga lebih tinggi. Tempat-tempat biasa untuk menyelam adalah Pinnacle (aka Tokong Laut, "Temple of the Sea") dan Sugar Wreck. Ada juga yang membawa penyelam ke Pulau Redang untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan. Sesiapa sahaja boleh melakukan aktiviti ini, walaupun untuk pertama kali. Bagi mereka yang belum pernah lakukan, terdapat aktiviti pengenalan cara menyelam yang dibuat oleh Dive Center. Harus diingat jika memilih Dive Center, tengoklah dari segi peralatan dan kursus awal yang diberikan.
3) Jungle Trekking
Walaupun berada di atas pulau,kita masih berpeluang berjungle trekking. Pulau ini dihubungkan dengan denai-denai antara pantai. Lakukan aktiviti ini pada satu ketinggian bukit, di sana panorama indah pulau perhentian dapat disajikan. Bersedialah untuk memerah keringat dan berjumpa dengan binatang dan serangga di kala melakukan aktiviti ini. Jika ada nasib, monyet juga kelihatan. Terdapat pelbagai pilihan denai atau trail yang rata-rata mengambil masa 20-60 minit. Biasanya peta untuk aktiviti ini disediakan oleh pihak resort. Berhubunglah. Gambar di sebelah menunjukkan kincir angin pada satu ketinggian di pulau kecil yang boleh sampai dengan hanya melakukan jungle trekking.
4) Fishing
Pada kaki pancing, ambillah peluang untuk merasai pengalaman di laut dalam. Biasanya pihak resort akan menyediakan pakej memancing ini yang lengkap dengan alatan.
5) Aktiviti Sukan
Meraka ini sungguh gembira di atas kayak |
Beberapa resort menyediakan kemudahan seperti jaring untuk bola tampar mahupun gol untuk bola sepak. Khidmat sewa kayak juga disediakan. Mungkin ada yang kreatif ingin lakukan aktiviti sukan lain seperti lompat kijang, lompat jauh ataupun lari dalam guni, lakukanlah saja, kerana ini adalah percutian anda asalkan tiada ganguan terhadap orang lain.
Sekian. Ada sambungan. Berkenaan penginapan, info berguna, makanan dan sebagainya pada siri mendatang.
2 ulasan:
mollek kawase nih
CANDAT SOTONG TAK ADA KE?
Catat Ulasan